Entry: Aliran Traffik Muar Diubah Friday, March 31, 2006



Aliran Traffik Muar Diubah

Oleh Anakmuar

BAGI mengelakkan kesesakan yang lebih teruk dan bagi memudahkan aliran kenderaan pengangkutan awam masuk dan keluar dari Perhentian Bas/Teksi Maharani yang akan dibuka tidak lama lagi, pihak berkuasa telah mengubah aliran traffik Muar.

Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Maharani, Jalan Petri, Jalan Othman, Jalan Sulaiman, Jalan Majidi dan Jalan Abdullah.

Peta aliran traffik Muar terbaru (Anakmuar)

< Klik di sini untuk memperbesarkan gambar >

Pengubahsuaian itu menyaksikan beberapa tapak meletak kereta di Jalan Maharani, Jalan Othman, Jalan Majidi dan Jalan Petri dihapuskan bagi mengelakkan kesesakan akibat pertambahan kenderaan yang melalui jalan-jalan terbabit. Beberapa tapak meletak motosikal juga telah diubah terutama yang melibatkan Jalan Majidi.

Selain dari tujuan di atas, pengubahsuaian aliran traffik itu juga dilakukan bagi memudahkan kenderaan yang ingin ke Tanjung Ketapang atau Tanjung Emas yang sebelum ini disekat alirannya oleh Dataran Tanjung Emas.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments