Entry: Kelab Sahabat Mawi Tipu Peminat Mawi? Sunday, February 05, 2006



Kelab Sahabat Mawi Tipu Peminat Mawi?

Oleh Anakmuar (Ahad 5/2/2006 12.22 tengahari)

Mawi dan puteri-puteri AF3 semasa di akademi (Anakmuar)

Baru-baru ini Anakmuar ada terbaca di akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan Kelab Sahabat Mawi Johor akan ditubuhkan secara rasmi di Batu Pahat, Johor. Dikatakan juga Mawi akan turut bersama-sama peminat beliau di hari tersebut sambil diiringi kedua ibu-bapanya. 

Apabila terbaca  laporan akhbar itu, teringin juga di hati Anakmuar untuk bersama-sama Mawi di hari tersebut. Walaupun bayarannya RM50 dan Batu Pahat tu terletak 50km dari Muar, Anakmuar tak kisah. Peminatlah katakan.... Namun disebabkan komitmen keluarga, Anakmuar terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Bagaimanapun Anakmuar terkejut hari ini apabila membaca akhbar Mingguan Malaysia yang bertajuk "200 peminat Mawi kecewa". Apa sudah jadi? Ini dah kira kes tipu. Kesian kepada peminat-peminat Mawi yang membuang masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk menemui Mawi. Malah Anakmuar dengar ada yang datang dari jauh termasuk dari Johor Bahru. Tak pasal-pasal kira-kira RM10,000 duit peminat Mawi 'melayang' pada hari tersebut.

Kenapa boleh jadi macam tu? Takkan penganjur tak tahu yang Mawi sibuk dengan Anugerah Juara Lagu (AJL)? Tak tahu ke atau buat-buat tak tahu? Kalau tak tahu maknanya penganjur tu sememangnya seorang yang BODOH!

Kata peminat Mawi tapi tak tahu jadual sebenar Mawi. Apalah... Budak-budak pun tahu bila AJL nak diadakan. Kalau Mawi masuk AJL mestilah beliau kena berlatih, buat raptai dan macam-macam. Takkan tak payah buat semua tu? Nanti apa orang kata. Takkanlah kelab sahabat Mawi nak Mawi kena 'gam' TV3? Takkan kita nak tutup 'periuk nasi' Mawi. Kitalah sebagai peminat sepatutnya memahami masalah Mawi dan bukan menambahkan masalah yang beliau sedia ada. Itulah sebenarnya seorang sahabat.

   4 comments

saladin
June 8, 2006   03:17 PM PDT
 
no comment.but i'm symphatize.
but not with mawi.media said mawi will be an icon,he's an icon for islam.and world.iislam?
mengarut.pegang tangan perempuan bukan mahram,icon islam le tuh.
Kesangan
May 5, 2006   12:11 AM PDT
 
Cerita nih dah basi.........kalau nak tahu lebig lanjut mai dtg kat Kuala Sg.Kesang pekena Ikan Bakar ngan Nasi Lemak pergh.
Andika
February 27, 2006   05:37 PM PST
 
http://www.xmawi.blogspot.com/

laman untuk peminat mawi....hehehe
Murni
February 5, 2006   02:24 PM PST
 
ada juga orang macam itu di dunia ini. asyik tipu orang.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments