Entry: Rintihan Yang Didengar - Wak Dogo Saturday, February 04, 2006



Rintihan Yang Didengar

oleh Wak Dogo - Bukan Sekadar Celupar dan Pedas

Jalan Parit Bunga - Jambatan Sultan Ismail (Sumber foto ehsan Anakmuar)

Wak sudah lama merungut dalam hati pasal jalan Parit Bunga ke Jambatan Sultan Ismail. Berlubang sana-sini! Berlubang yang bukan bersifat semulajadi tetapi berlubang ciptaan 'orang-orang' tertentu.

Wak juga dah lama memaki sendirian kepada 'orang' yang mengorek lubang apabila tayar kereta Wak termasuk ke dalam lubang ciptaan kreatif mereka.

'Orang' yang korek lubang-lubang tu memang bodoh tak ada otak. Dia 'orang' hanya tahu korek saja tapi tak mahu tampal. Kalau tampal pun serupa macam tak tampal. Semuanya buat 'cincai-cincai' saja. Dua tiga hari dah berlubang balik.

'Orang' yang Wak tengok buat kerja-kerja yang 'hebat' macam nie ialah TNB. Bukan Wak saja-saja nak tuduh TNB. Bukan Wak sengaja nak fitnah TNB tetapi itulah hakikat dan kenyataan yang Wak tengok dengan mata Wak sendiri. Tempat yang selalu TNB korek ialah di hadapan Pusat Servis Proton Edar Tanjung Agas.

Wak tak tahu apa yang dia orang selalu buat kat situ tapi apa yang Wak tahu biasanya paling cepat pun dia orang tampal balik dengan tar ialah selepas dua minggu. Kadang-kadang tu sampai tiga bulan. Itu pun selepas Wak buat 'komplen' kat Majlis Perbandaran Muar (MPM).

Tentu 'korang' tertanya-tanya kenapa Wak tak 'komplen' saja pada TNB? Bukan Wak tak komplen tapi dia 'orang' tak mengaku itu kerja mereka. Bukan sekali dua mereka tak mengaku tapi dah berkali-kali. Takkanlah Wak tak kenal lori TNB. Wak nie memanglah rabun (maklumlah dah tua) tapi Wak belum lagi buta. Akhirnya Wak mengambil keputusan untuk mengadu kat MPM.

Wak memang tabik 'spring' kat MPM kerana kesemua aduan Wak tidak dihampakan oleh mereka. Memang dia orang buat kerja dan tidak makan gaji buta. Biasanya aduan Wak mengenai jalan berlubang akan diambil tindakan dengan menampal lubang tersebut selepas 24 jam.

Baru-baru nie Wak cuba mengadu lagi tetapi melalui laman web www.jkr.gov.my. Ternyata laman web itu benar-benar berguna kerana beberapa hari sebelum hari raya cina ,jalan raya itu telah diperbaiki dengan erti kata yang sebenarnya dan benar-benar sempurna. Wak berkata sempurna kerana lubang yang ditampal tidak berbukit dan benar-benar rata. Tahniah JKR.

Wak berharap pihak TNB tidak tersinggung dengan teguran Wak ini dan cuba memperbaiki kesilapan yang ada. Belajarlah dari MPM dan JKR kerana walaupun mereka jabatan kerajaan tetapi kualiti kerja mereka mengatasi budaya kerja pihak TNB yang kita tahu telah pun diswastakan. Hidup TNB!

Wak Dogo - Tak lupa berterima kasih pada TNB yang menerangi rumah Wak.

   2 comments

jariah darus
August 8, 2007   11:15 PM PDT
 
JKR muar adalah yg terbaik buat masa ini gara2 kerusi jurutera panas.Byk kerja kontrek tapi masih ada staf jkr punya krja smpingan-Rosli Design sinonim namanya diTgk.krja 2jam jam 10am santai dikedai.bazir wang rakyat.
Kesangan
May 5, 2006   12:09 AM PDT
 
Gali Lubang Timbus Lubang

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments