MENU UTAMA

Berita & Informasi:
- Berita Muar

Sejarah:
- Budaya & Seni di Muar
- Pengenalan Sejarah Muar

Hiburan:
- Blog Akademi Fantasia

Galeri Foto:
- Galeri Muar
- Galeri Mawi World
- Galeri Akademi Fantasia
- Galeri Umum


CUACA MUAR


SEMBANG MUAR
   



<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Thursday, March 02, 2006
Minyak Punya Hal!

Minyak Punya Hal!

Contoh Surat Kementerian Perdagangan yang boleh mengurangkan kenaikan 30 sen harga minya diesel kepada hanya 15 sen.

Apabila Wak mendapat tahu kerajaan nak naikkan 30 sen harga minyak diesel dan petrol, Wak benar-benar beremosi dan melenting. Wak benar-benar marah pada kerajaan dan kadang-kadang Wak 'termaki' kerajaan di dalam hati. Pada masa tu Wak terfikir yang Wak telah tertipu kerana 'memangkah undi' kerajaan yang akan menyusahkan Wak semula. Wak rasa perasaan marah tu pasti ada dan dikongsi bersama bukan sahaja oleh Wak tetapi juga oleh berjuta rakyat Malaysia.

Siapa yang tak marah apabila minyak dah naik 30 sen. Nampak memang sikit tapi sebenarnya banyak. Wak dah kira-kira, jika dulu Wak isi RM65 kereta Wak untuk pergi-balik ke Johor Bahru dari Muar dan Wak dapat 40.123 liter petrol, tapi sekarang cuma 33.854 liter. Itu bermakna Wak kena tambah lagi 6.269 liter atau RM12.04 untuk Wak sampai ke rumah Wak semula. Banyak tu RM12.04!

Namun apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penerangan dengan sejelasnya rasional kenaikan harga minyak tu di Rancangan Isu Semasa Khas Bersama YAB di hampir kesemua stesyen TV malam tadi, barulah reda kemarahan Wak.

Sebenarnya perkara tersebut tidak akan menjadi kemarahan rakyat jika pihak kerajaan memberi penerangan sejelasnya dengan segera sebaik sahaja pengumuman kenaikan harga minyak tersebut. Jangan tunggu sehingga esok lusa baru nak beri penerangan. Nasib baik rakyat Malaysia bukanlah rakyat negara lain yang suka berdemontrasi. Jika tidak sudah tentu banyak kemusnahan dan kehilangan nyawa akan berlaku.

Banyak perkara yang rakyat tidak tahu terutama mengenai rebet 15 sen ke atas diesel bagi pengguna kad fleet. Ini bermakna jumlah kenaikan yang ditanggung oleh pengguna kenderaan diesel hanya15 sen dan bukanlah 30 sen seperti yang ditanggung oleh lain-lain kenderaan.

Namun Wak pening sikit apabila TPM berkata satu Dana Khas akan diwujudkan untuk memperbaiki Sistem Pengangkutan Awam ekoran dari subsidi yang berjaya dikurangkan. Wak rasa perkara tersebut sememangnya baik tetapi yang mungkin akan mendapat 'rahmat' dana tersebut hanyalah mereka yang berada di Lembah Klang sahaja dan tidak menyeluruh ke seluruh negara.

Jadi Wak mencadangkanlah agar kerajaan melancarkan kempen penggunaan NGV atau gas asli yang lebih bersih dan jimat. Harganya lebih murah dari petrol dan diesel kerana hanya 68 sen seliter (1/12/2005 - Petronas naikkan harga kepada 81 sen tetapi dibatalkan oleh kerajaan pada keesokan harinya).

Apa kata kerajaan gunakan duit dana hasil pengurangan subsidi itu untuk membina lebih banyak stesen NGV di seluruh Malaysia dan memberi subsidi ke atas alat pengubahsuai yang dikatakan masih mahal ketika ini iaitu di antara RM2,000 - RM3,000. Kerajaan juga boleh mewajibkan kesemua stesen minyak mempunyai sekurang-kurangnya satu pam NGV dengan kos ditanggug oleh syarikat minyak atau pengusaha minyak itu sendiri. Wak rasa cara ini lebih baik untuk jangka panjang terutama untuk alam sekitar kita. Malah dua perkara itulah yang menjadi penghalang dan membelengu pengguna kenderaan untuk bertukar kepada NGV.

Proton dan Perodua juga boleh bekerjasama dengan kerajaan untuk mengeluarkan kereta yang dipasang siap dengan alat pengubahsuai (converter) dengan kos yang disubsidi kerajaan. Tak bagi subsidi pun tak apa kerana apabila Proton dan Perodua membeli alat pengubahsuai itu dengan harga borong, sudah tentu ia akan menjadi lebih murah.

Terdapat satu lagi perkara yang Wak rasa kerajaan perlu pantau iaitu penyeludupan atau penyelewengan subsidi petrol kerajaan oleh mereka yang tidak menggunakan 'fleet card'. Ini kerana walaupun harga diesel tersebut lebih tinggi berbanding jika menggunakan 'fleet card', penyangak-penyangak minyak tersebut masih boleh membuat untung yang banyak.

Untuk mengatasi masalah tersebut, Wak mencadangkan pengunaan MyKad diwajibkan ke atas setiap pembeli minyak diesel. Jadi dengan itu dapatlah kerajaan memantau siapakah yang membeli diesel dengan kuantiti yang banyak. Jika pembeli tidak mempunyai MyKad maka mereka perlu membayar pada harga industri. Dengan cara ini juga kerajaan dapat mengekang pengaliran subsidi diesel kepada pemandu dari negara jiran. Memanglah leceh sedikit cara ini, tetapi lebih baik leceh sedikit daripada duit rakyat disalurkan kepada mereka yang tidak sepatutnya.

Akhir kata Wak harap kerajaan lebih berhati-hati di masa hadapan apabila ingin mengumumkan sesuatu perkara yang bakal mengejutkan rakyat. Pastikan rakyat benar-benar memahami apa yang ingin disampaikan oleh kerajaan dengan sejelas-jelasnya dan dengan segera. Jika tidak perkara ini akan menjadi perbualan rakyat dan akhirnya kerajaan sendiri yang akan menanggung akibatnya.

Tahniah kepada kerajaan kerana berani untuk tidak popular demi memastikan amanah dan tugas dilakukan dengan penuh tanggungjawab.


Posted at Thursday, March 02, 2006 by Wak Dogo

jbond
April 18, 2006   03:45 PM PDT
 
comparison rege minyak ngan negara lain..
lets say katakan
malaysia usd2 satu gelen
america usd2.35 satu gelen
jepun usd3.50 satu gelen
hong kong 4.50 satu gelen

murah nye minyak melesia...

per kapita pulak?
melesia usd10400
america usd 41800
jepun usd30400
hong kong usd36800

rendahnya per kapita melesia

belanja satu hari (anggaran)
melsia usd 28.49
america 114.52
jepun usd83.28
hk usd100.82
(perkapita/bil hari)
still rendah lagi duit belanja satu hari

kalo satu hari belanja satu gelen
baper percent yer kita guna dr duit belanja satu hari?
melesia 7.02%
america 2.05%
jepun 4.20%
hk 4.46%

eh tingginyer pulak kos belanja minyak kat melsia nih?

lagi satu nak tanya singapore punya minyak jenis ape? adekah ron97?

camner nih wak? leh wak tolong jawab kan bagi pihak kerajaan bn?
jowopinter
March 28, 2006   11:53 AM PST
 
kesian abang mat.....watak cerita dalam blog aku.
rakyat_kesian
March 27, 2006   05:07 PM PST
 
nak sabar macamana....minyak naik..semua benda kat market dan kedai-kedai naik harga.....sekadar naik petrol je ....kita tak akan komplen la.....ini....kita menderita...
KumbangMan
March 17, 2006   08:52 AM PST
 
Minyak tu ada kesan penganda kepada ekonomi Malaysia dan aku rasa pakar-pakar ekonomi tahu. Penganda tu maksudnya sebarang kenaikan 30 sen seliter akan menaikkan harga minyak sebanyak 300 sen atau RM3 di dalam kitaran ekonomi makro. Hairan? Ini kerana 30 sen yang sepatutnya ada sebelum ini di tangan kita yang boleh kita gunakan untuk membeli barang telah lenyap. 30 sen kalau diguna untuk membeli barang akan menjana ekonomi penganda sebanyak 10 kali.

Cuba fikir kenapa dulu Dr.M turunkan potongan EPF pekerja dari 11% kepada 9% selama dua tahun? Sebab perbezaan 2% yang tidak dipotong akan digunakan oleh pekerja untuk membeli barang dan ia menjana ekonomi. Kalau simpan kat EPF pun tak guna sebab EPF buat pelaburan sikit aje. Yang lain sudah tentu simpan kat dalam simpanan semasa yang tak ada faedah.

Cuma yang tak nak faham adalah ahli politik kita sebab dia orang dah tak tahu macam mana nak handle pasal minyak.
AnakBukitGambir
March 13, 2006   05:00 PM PST
 
Kesan kenaikan harga minyak kepada PM, TPM, Menteri2, Ahli Korporat, Kroni2 dan segolongan dengannya...Langsung tak terjejas. Mereka semua adalah golongan makan tak habis. Harta bertimbun dan sesetengahnya tak tahu apa nak buat dengan harta yang ada. Kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen tidak membawa apa-apa erti dalam hidup mereka. Nak risau apa? kereta percuma, elaun perjalanan ada, makan tanggung, rumah percuma, gaji dan elaun bulanan mencapai belasan hingga puluhan ribu. Cuma yang mereka risau ialah rakyat tidak menyokong mereka lagi pada masa depan. Tapi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu, bak kata Dr M, Melayu Mudah Lupa. Jadi, taklah risau sangat.

Kesan kepada rakyat keseluruhannya...Bila minyak naik, Lori bawa barang pun guna minyak...jadi..harga barang runcit pun MESTI naik, kos makanan MESTI naik, bas sekolah dan pengangkutan awam pun akan menaikan tambang, kos sara hidup PASTI meningkat, kos pengeluaran barang industri PASTI meningkat, hilang daya saing industri negara, pekerja diberhentikan dan jenayah PASTI meningkat.

Yang tak naik...Gaji...silap2 haribulan kena potong sebab nak jimatkan kos operasi. Produktiviti MENURUN ..pekerja malas nak kerja lebih2 sebab gaji serupa itu juga sedangkan kos sara hidup bertambah.

Apa kata PERDANA MENTERI..PAK LAH. (yang tak merasai keperitan hidup)"...Rakyat PERLU BELAJAR UNTUK HIDUP TANPA SUBSIDI..."

Apa kata TIMBALAN PERDANA MENTERI..PAK JIB "...Kenaikan ini LEBIH BAIK kerana orang ramai dan peniaga mendapat kepastian. Ini memudahkan mereka membuat perancangan kewangan..."


APA KATA RAKYAT...

"...Anak Pak Cik 8 orang. pak cik kerja kat Majlis Perbandaran, angkut sampah. Gaji RM600.00 sahaja. Tak tahulah macamana pakcik nak hidup lepas ini, barang makin mahal tapi gaji pakcik serupa itu sahaja..." RURUH MAJLIS PERBANDARAN (PENYOKONG BN)

"...Dengan gaji yang ada ni, nampaknya tak kahwinlah saya. Minyak kereta sekali isi RM67.00 setangki penuh. Dulu RM45.00 sahaja. Bayar ansuran kereta RM800.00, sewa rumah RM400.00, makan lagi? Tapi gaji tak naik-naik. Kehidupan sekarang betul2 buat sesak nafas..." EKSEKUTIF PEMASARAN (ATAS PAGAR)

"...Dari dulu kerja saya hanyalah mengumpul barang2 terbuang. Pendapatan memang cukup makan sahaja. Tapi bila minyak naik ni, saya tak tahu lagi macamana nak teruskan hidup ini, sebab harga barang MESTI NAIK PUNYA..." PENGUTIP BARANG TERBUANG (PENYOKONG BN)

Itulah komen saya & kaji selidik dengan beberapa orang yang saya temui secara rambang...Kalau ada siapa-siapa yang berani bangkang & fikir apa yang saya komen di atas tak betul, dengan segala hormatnya...dipersilakan KOMEN. Kita boleh teruskan debat kita ini secara ilmiah....

CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG & TEMBERAAAANG.....
jbond
March 9, 2006   03:42 PM PST
 
kerajaan bagi penerangan pasal minyak naik.. ok aku leh accept.. (kononnya lah)
tapi kenapa tak diterangkan sebab....
duit kerajaan/rakyat kene support pembaikan mrr2 (betul ke?)
wang pprt hilang, wang tabung haji hilang- ape citer?
rm20 juta kempen 'tak nak' tapi kempen gagal
renovate umah pm (sri perdana)berjuta-juta- rm12.5 juta-dlm sotkabar ade kuar-duit saper?
tol naik.. compare ngan thai.. thai ade tol ker? 4 line lagi tu..
air mineral yg dijual kepada mas (company saper supply?) rm30
monsoon cup kat terengganu kos rm300 juta(mana datang duit tu)
tu baru sebahagian... ade banyak lagi...
setakat nih aku dah jumpe ramai penyokong kerajaan yg nak belot.. ape citer...?
aku pon terasa gak nak sokong pembangkang.. (tengok lah nanti)
kekadang terpikir gak.. ade tak yg cam tun abd razak- dia suroh stopkan kutipan tol jambatan muor sebab kutipan dah lebih dari kos buat jambatan.. dia cakap.. jgn susahkan rakyat..
ntah lah..ape nak jadik ngan melesia nih

blackpurple
March 7, 2006   02:00 PM PST
 
nak tak nak... suka tak suka.... harga fuel dahpun dinaikkan.... so samada kita nak atau tak nak...suka tak suka kita, kena la ubah mindset ....ubah paradigma... ubah life style.......yang pastinya kenaikan sebanyak 0.30 menuntut banyak pengorbanan..............
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry